TradeMark ciri keBudayaan Bajau Semporna

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan Bulan Ibadah

Ramadhan 1431 datang lagi untuk menebarkan peluang mendapat limpahan keberkatan dalam hidup, langsung dari Tuhan sekalian alam - Allah S.W.T. Ramadhan disebut juga Bulan Berkat (Ramadhan Al-Mubarak) membawa makna setiap amalan wajib maupun sunat, yang dilakukan sepanjang bulan ini akan digandakan pahalanya oleh Allah berbanding amalan dalam bulan selain Ramadhan! Ini ditawarkan Allah S.W.T khusus kepada hambaNya yang bertaqwa. Untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa bukan lah sesuatu yang mudah sebagaimana mudahnya menangkap ikan di lautan. Ia perlu lah melalui beberapa proses kualiti kerja (Q) serta standard disiplin kerja yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Antaranya ialah pematuhan dengan mengamalkan semua perintah wajib (Rukun Islam yang 5) secara konsisten (Istiqamah) serta meninggal semua dosa kecil apatah lagi dosa besar. Ini sekaligus sebagai indikator rasa syukur hamba kepada Tuhannya dengan segala nikmat yang telah dikurniakan, dulu, kini dan insyaAllah selamanya (hinga hari qiamat)...
Asas agama yang mudah ini perlu lah diterapkan dalam setiap sanubari insan yang meyakini akan wujudnya hari pembalasan (yaumil qiyaamah) sebagaimana disebut dalam akhir ayat ke-4 surah Al-Baqarah. Di sinilah bermulanya krisis keyakinan umat bilamana mereka gagal dalam memahami ayat ini membawa kepada keingkaran dalam pematuhan perintah wajib sebagaimana yang Allah S.W.T perintahkan! Mereka seolah mempertikaikan .."betul ka ada hari qiyamat tu??" Ini besar kemungkinan disebabkan Allah S.W T tidak memberikan serta merta 'hukuman' atas setiap keingkaran umat menunaikan perintah wajib! Juga mungkin disebabkan Allah tidak membenarkan mayat yang ditanam di kuburan boleh bangun semula untuk menceritakan apa yang mereka alami selama berada di alam barzah(kematian)... Di sinilah letaknya nilai 'ujian' sebagaimana yang Allah nyatakan dalam Al-Quran surah Al-Ankabut ayat 2:..."Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:Kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Ujiannya ialah 'menangguhkan' hukuman bagi setiap kesalahan ingkar umat dalam pematuhan perintah wajib!
Untuk itu, rebutlah peluang barakah sepanjang Ramadhan tahun ini, kita belum pasti adakah berpeluang lagi untuk kita bertemu Ramadhan di tahun 1432??? Ayuh ! Jangan bertangguh!

train trainners..

Pensyarah UMS yang turut menyumbang kepakaran dalam projek Telecenter Pulau Larapan sedang memberikan penerangan pengenalan ICT kepada pasukan penggerak Telecenter terdiri dari tenaga muda tempatan.

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Guru



Kami warga Pulau Larapan yang menjadi ibu/bapa dan penjaga kepada murid SK Pulau Larapan mengambil kesempatan bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2010 untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua warga guru SK Pulau Larapan atas kegigihan mencurahkan bakti mendidik anak-anak kami dengan penuh kesabaran. Selamat Hari Guru, cikgu!

Tuesday, May 11, 2010

..bergerak pantas


..projek Tele-center Kg Pulau Larapan dengan berasaskan usahasama


akses internet tanpa wayar berkelajuan 256K downstream(ok la dari tiada langsung baa) sedia digunakan


bangunan Tele-center yang siap sepenuhnya

Tuesday, March 2, 2010

Lawatan Pegawai Perubatan dari Putrajaya

1 Mac Isnin,sekumpulan 20 orang pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Putrajaya berkesempatan membuat lawatan ke Kg Pulau Larapan untuk meninjau perkembangan program kesihatan di samping memberi rawatan dan ubatan yang diperlukan oleh penduduk setempat

Wednesday, February 24, 2010

Program Unit Kebersihan..

Kebersihan persekitaran perkampungan pulau menjadi agenda utama kepada mercu tanda e-komuniti Kg Pulau Larapan. Agenda unit ini meletakkan sasaran 'sifar sampah' bila projek siap sepenuhnya nanti. Untuk itu, Ketua Unit Kebersihan mengambil beberapa langkah agresif dengan menggerakkan jentera kebersihan dengan kekerapan hampir setiap minggu. Kami maghinang kahapan ma lahad kami kahapan kandi. (..kami berazam menjadikan pulau kami bersih)

Monday, February 15, 2010

Kemudahan sokongan..


sedang dalam pembinaan sekarang ialah program penjanaan kuasa elektrik berasaskan sumber hidro-angin bagi kegunaan seharian penduduk Pulau Larapan. Teknologi ini digunapakai sesuai dengan persekitaran pulau yang sentiasa memiliki tiupan angin yang sesuai digunakan untuk tujuan pogram janaan kuasa hidro- satu-satunya teknologi terkini masa kini.


Buat masa ini, Kg Pulau Larapan telah mendapat kemudahan 'lampu jalan' sebanyak 3 buah di mana sumber tenaga lampu ini adalah dari kuasa hidro - angin dan solar menggunakan teknologi dari Korea. Kemudahan ini disumbangkan oleh Kerajaan Korea bagi program bantuan negara membangun di bawah PBB.